SENARAI FOLLOWER CEMOXX

JOM exchange link!!!

Hafiz AF7 pukul pengkid sebab ADIRA????



waduh gawat dowhh!!!!!! Hafiz AF7 diperkatakan telah menolak jatuh seorang floor manager sebuah program talk show di tangga sehingga terkehel kaki disebabkan Adira. Then dengar- dengar, floor manager, berjantina wanita itu telah menganggu Adira dan menyebabkan Hafiz hilang sabar. Insiden ini menyebabkan wanita tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya.FM tu floor manager.....

Antara dialog Hafiz kepada FM itu: Jangan buat macam-macam dengan Adira. Yang past tu... pastlah. Lalu FM itu menyambutnya dengan dialog ini: Eh bangsat! Jangan kacau, aku tengah kerja!” Berasakan dirinya dimalukan di khalayak ramai, Hafiz dikatakan menolak FM itu dengan kedua-dua tangannya tanpa mempedulikan statusnya sebagai selebriti popular! Ramai saksi melihat insiden berkenaan dan tak hairanlah kisah sensasi itu begitu cepat tersebar di dalam Twitter...kuang..kuang...

haha,,apa sudah jadi ooo...
then tadi ada terbaca satu artikel pasal persoalan yang di tujukan kepada si pengkid..

jom check out!!!

Sumber: Utusan Online  (22 Mei 2011)

Hafiz tolak saya sampai jatuh-Zack

Bagaimana kaki Zack? Sakit lagi?
Sakit lagi..masih berbalut. Doktor kata saya perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti supaya tisu yang koyak di bahagian kaki itu cepat sembuh.

Cuba cerita dari mula, apa sebenarnya yang berlaku. Zack yang cari fasal dulu atau Hafiz?

Saya tak tahu apa masalah dia. Dia ada beberapa kali panggil saya, katanya mahu berbincang sesuatu. Fasal apa saya tak tahu. Saya menolak untuk berbincang sebab ketika itu saya sedang bertugas. Iyalah ketika itu program kan sedang berlangsung. Tak akanlah saya nak mengabaikan tugas saya semata-mata nak berbincang entah apa perkara yang dia mahu cakapkan tu.

Betul ke Zack memang tak tahu apa yang Hafiz ingin bincang, atau sengaja mahu mengelak?

Betul saya memang tak tahu dan ya saya memang sengaja mengelak. Sebabnya, saya tak mahu berlaku sebarang pergaduhan semasa di tempat kerja. Saya tak mahu sebarang kejadian buruk berlaku.

Tapi apa yang berlaku pun memang dah buruk? Awak ada bercakap kasar dengan Hafiz?

Terus-terang saya katakan, saya seorang yang profesional di tempat kerja. Saya menolak untuk berbincang dengan dia pun dalam keadaan yang baik. Langsung tidak meninggi suara atau apa saja. Sebab tu saya katakan saya tak faham apa sebenarnya masalah dia. Mungkin dia tak boleh terima yang saya dah tolak hasrat dia untuk berbincang. Memang susah kalau berdepan dengan orang yang panas baran ni.

Dengar cerita, Zack sudah mengganggu Adira? Betul ke? Sebab tu lah dia bengang sangat bila kekasih dia kena kacau.

Bila masa pula saya ganggu Adira? Nak tuduh saya punya hubungan 'istimewa' dengan dia? Tak akanlah saya nak buat begitu. Jangan kerana saya berperwatakan semacam lelaki, jadi orang boleh tuduh saya macam tu. Ya, memang saya pernah bertugas sebagai pembantu peribadi Dira, tapi hubungan itu kekal sebagai rakan sekerja. Tak lebih dari itu. Kalau keluar pun, kami keluar beramai-ramai. Tak pernah berdua.

Selepas ditolak apa reaksi Zack? Adakah keadaan semakin buruk dan kedua-duanya berkelahi?

Tidak. Lepas jatuh, apa yang saya fikirkan cuma kaki saya yang sakit. Saya tengok ada beberapa orang dah tarik dia keluar. Saya pula terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lepas tu, saya terus ke balai polis dan buat laporan kira-kira pada pukul 6 petang.

Ala... gaduh-gaduh manja saja kot Zack. Tak akanlah sampai buat laporan.

Bukan apa kak, saya kecewa sebab dia telah menyebabkan saya cedera. Bila cedera saya tak boleh pergi kerja. Bila tak boleh pergi kerja, prestasi saya terjejas. Dan ia sekali gus menjejaskan periuk nasi saya. Tak akan saya nak diamkan saja hal ni. Lagipun pihak polis turut mengklasifikasikan kes ni sebagai kes jenayah.

Tiada permohonan maaf dari Hafiz?

Saya tak berminat nak fikir hal ini lagi. Biarlah undang-undang yang menjawab semuanya. Saya pun tak minta dia supaya minta maaf dengan saya. Bagi saya, kalau nak minta maaf mungkin dari awal lagi dia boleh buat macam tu. Kalau nak minta maaf pun biarlah orang tu ikhlas, kalau disuruh-suruh buat apa? Betul tak? Pengajarannya sekarang, Hafiz perlu lebih profesional lepas ni.


2 comments:

Tinggalkan KOMEN tuk cik cemoxx!!
1.yang baik-baik
2.eclass tanda teman
3.anda comel
4.minta link facebook bole??
ngee~~~